Mbappe diminta kekal di PSG

Mbappe. Foto EPA
Mbappe. Foto EPA
A
A
A

PRESIDEN Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi mahu Kylian Mbappe kekal di kelab itu dan mendakwa PSG adalah kelab terbaik untuk pemain tersebut.

Kontrak Mbappe dengan juara Ligue 1 itu tamat pada penghujung Jun dan dia bebas menandatangani perjanjian untuk menyertai kelab baharu untuk musim depan.

"Saya tidak akan menyembunyikan bahawa saya mahu Kylian kekal. Pemain terbaik di dunia ialah Kylian dan kelab terbaik untuknya ialah PSG," katanya.

PSG masih belum memenangi kejuaraan pertama Liga Juara-Juara walaupun membelanjakan wang yang banyak membeli ramai pemain sejak 2011.

Mbappe ketika ini dikaitkan dengan kemungkinan perpindahan ke juara Eropah 14 kali Real Madrid.

“PSG mempunyai pusat latihan terbaik di dunia, jurulatih terbaik di dunia (Luis Enrique).

“Setiap tahun dia pasti bermain dalam Liga Juara-Juara, kami berada di peringkat 16 terakhir sekurang-kurangnya, suku akhir, malah separuh akhir atau akhir, kami berada di sana bersama kelab-kelab besar,” katanya.

Sumber yang terlibat dalam rundingan kontrak Mbappe memberitahu AFP minggu lalu bahawa penyerang Perancis itu telah menolak bonus berjumlah puluhan juta euro dalam usaha untuk berpindah dari PSG.

Artikel Berkaitan: