2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BANDARAYA GAZA - Angka kematian rakyat Palestin akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi di Semenanjung Gaza susulan serangan berterusan Israel sejak 7 Oktoberlepas telah meningkat kepada 25 orang.

Kementerian Kesihatan di Gaza berkata, dua lagi kematian dilaporkan, termasuk seorang bayi, lapor Agensi Anadolu.

"Seorang bayi perempuan berusia dua bulan meninggal dunia di Hospital Kamal Adwan di utara Gaza dan seorang lagi berusia 20 tahun meninggal dunia di Kompleks Perubatan Al-Shifa kerana kekurangan zat makanan dan dehidrasi," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian itu berkata, angka kematian yang diumumkan hanya melibatkan mangsa yang dimasukkan ke hospital.

"Peningkatan bilangan penduduk yang kekurangan zat makanan dan dehidrasi amat membimbangkan dan mengesahkan bahawa kebuluran di utara Gaza telah mencapai tahap maut,” katanya.

Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan. - Bernama- Anadolu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: