Pinda perlembagaan Bersatu: Muhyiddin jumpa RoS Isnin ini

Muhyiddin (dua, kanan) ketika sidang akhbar selepas Majlis Penutup Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat PN di ibu negara pada Sabtu.
Muhyiddin (dua, kanan) ketika sidang akhbar selepas Majlis Penutup Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat PN di ibu negara pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menghantar keputusan pindaan perlembagaan parti itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada Isnin ini.

Ia berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau bersama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta kepimpinan tertinggi lain akan menghantar sendiri keputusan hasil Perhimpunan Agung Khas Bersatu baru-baru ini.

Justeru beliau berharap RoS dapat pertimbangan yang sewajarnya.

"Pada jam 10 pagi Isnin, saya sendiri bersama Datuk Seri Hamzah dan pimpinan tertinggi akan membawa keputusan dibuat termasuk pindaan perlembagaan itu.

"Kita akan jumpa dan harap RoS akan bagi pertimbangan yang adil untuk meluluskan dan dapat beri kelulusan secepat mungkin," katanya dalam Sidang Akhbar selepas Majlis Penutup Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat PN di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka terdiri daripada Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh.

Bagaimanapun, pada 6 Mac, ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari pula mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!