'Pengkhianat parti tidak dijemput sertai Konvensyen Wakil Rakyat PN'

Razali Idris
Razali Idris
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan tujuh wakil rakyatnya yang menyokong kerajaan tidak dijemput untuk menghadiri Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN) di sini pada Sabtu.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, mengakui tiada keperluan untuk menghantar jemputan kepada mereka yang telah mengkhianati parti.

"Kita sudah anggap wakil rakyat di tujuh kerusi itu sudah 'mati' kita nak tunggu tarikh pilihan raya sahaja.

“Mereka tali barut dijemput buat apa,” katanya ketika ditemui media di konvensyen berkenaan.

Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat PN dihadiri seramai 220 daripada 292 wakil rakyat PN.

Mereka terdiri daripda Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara (ADN), dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada gabungan parti itu.

Antara pemimpin utama PN yang hadir konvensyen itu adalah Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Gerakan Rakyt (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau.

Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Mereka terdiri daripada Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Susulan itu, Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!