'Robot gatal' kena kecam kerana sentuh wartawan wanita

Robot tersebut teruk dikecam kerana dikatakan cuba membuat 'sentuhan' tidak wajar hingga menyebabkan wartawan wanita itu terkejut. Foto: Agensi
Robot tersebut teruk dikecam kerana dikatakan cuba membuat 'sentuhan' tidak wajar hingga menyebabkan wartawan wanita itu terkejut. Foto: Agensi
A
A
A

RIYADH - Sebuah robot humanoid di Arab Saudi mencetuskan kontroversi, gara-gara 'menyentuh' seorang wartawan wanita ketika program siaran langsung.

Rakaman ketika acara DeepFest pada minggu lalu menunjukkan robot tersebut yang membuat kemunculan pertama di khalayak umum menghulurkan tangannya dan dikatakan cuba membuat 'sentuhan' tidak wajar.

Wartawan itu juga terkejut dan bertindak balas selepas 'disapa' sedemikian.

Klip yang telah meraih lebih 800,000 tontonan di media sosial itu turut mengundang pelbagai reaksi malah ada yang mendakwa robot yang juga penutur dwibahasa itu melakukan 'gangguan secara fizikal' dan menggelarnya sebagai 'robot gatal'.

Meskipun berdepan banyak komen negatif, terdapat juga pengguna media sosial yang mempertahankan robot berkenaan dan percaya ia mungkin ada kaitan dengan masalah teknikal hingga ia bertingkah-laku sedemikian.

"Pereka robot itu perlu mengenal pasti isu sebenar," kata seorang warganet.

Difahamkan, robot itu dihasilkan QSS Systems di bawah inisiatif negara untuk menunjukkan kemajuan membanggakan Riyadh dalam teknologi kecerdasan buatan (AI). - Agensi

@sinarharianonline

'Robot gatal' sentuh wartawan wanita dikecam #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Global #Dunia #Saudi #TimurTengah #Robot #Humanoid #Muhammad #Wanita #Wartawan #Tular #Viral #Kecam

Artikel Berkaitan:

original sound - Sinar Harian