Imam solat tarawih harus lantikan MAIWP

Program Ihya Ramadan Jawi.
Program Ihya Ramadan Jawi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Imam solat tarawih bagi masjid serta surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan harus terdiri daripada pegawai masjid lantikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Imam lantikan masjid atau surau turut dibenarkan mengetuai solat tarawih.

Perkara itu antara ketetapan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi program dan aktiviti pengimarahan bagi Ramadan ini.

Jawi dalam satu kenyataan berkata, antara penetapan lain yang digariskan termasuk solat tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat.

Selain itu, tazkirah juga hendaklah dilaksanakan selepas selesai solat sunat tarawih oleh penyampai tazkirah bertauliah dalam tempoh tidak melebihi dua puluh minit.

"Qiamullail boleh dilaksanakan mulai tengah malam.

"Sementara jemaah tidak sihat atau mempunyai gejala kurang sihat perlu mengambil langkah-langkah pematuhan kesihatan sebagaimana ditetapkan, " menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Dalam pada itu, Jawi turut memaklumkan, pihaknya akan melaksanakan beberapa program Ihya Ramadan seperti Seminar Ambang Ramadan, Iftar Rahmah Madani serta agihan bubur lambuk.

Artikel Berkaitan:

"Turut diadakan Iftar Madani Jamaie, sumbangan Ramadan dan Aidilfitri mualaf, Ihya Ramadan OKU, sambutan Nuzul Al-Quran, moreh dan iftar bersama rakan jalanan, surau bergerak Jawi dan podcast tazkirah Ramadan@ Radio Jawi dan Jamek FM.

"Semoga kedatangan Ramadan dipenuhi dengan pelbagai amal ibadah yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT sekali gus memperbaiki kehidupan sebagai seorang Muslim," katanya.