TNB kian hampiri treble

Pemain TNB Jang Jong-hyun (kiri) berentap dengan pemain UITM HA-KPT pada perlawanan separuh akhir kedua Piala TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Khamis.
Pemain TNB Jang Jong-hyun (kiri) berentap dengan pemain UITM HA-KPT pada perlawanan separuh akhir kedua Piala TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Khamis.
A
A
A

TENAGA Nasional Berhad (TNB) semakin menghampiri gelaran treble musim ini apabila membuat perhitungan dengan Pasukan Hoki Terengganu (THT) di pentas final Piala TNB di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

THT seharusnya mempamerkan aksi bertenaga dalam perlawanan berkenaan sekiranya mahu membawa pulang satu piala musim ini selepas gagal mempertahankan Piala Sumbangsih dan Liga Hoki Malaysia (MHL), yang kedua-duanya dimenangi oleh TNB.

THT terlebih dahulu mengesahkan slot final menerusi agregat 6-1 selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Maybank pada aksi separuh akhir kedua di stadium berkenaan hari ini.

Bagaimanapun Maybank membuka jaringan seawal minit kedua menerusi pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Razie Abd Rahim sebelum penyerang THT Faizal Saari menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-16.

Ismail Abu meletakkan THT di depan pada minit ke-29 menerusi jaringan padang sebelum Faizal mengesahkan kemenangan dengan jaringan padang pada minit ke-47.

Sementara itu, TNB mara ke final dengan menerusi agregrat 8-2 ke atas skuad UiTM HA-KPT selepas melakar kemenangan 5-1 pada aksi separuh akhir kedua hari ini.

Gol TNB hadir seawal minit ketiga oleh Muhammd Azrai Aizad Abu Kamal, Jang Jong Hyun (m-36) Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (m-40) Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (m-45) dan Muhammad Shahril Saabah minit ke-60.

Zul Pidaus Mizun menjaringkan gol tunggal UITM HA-KPT pada minit ke-33.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!