Pendedahan terbaik buat Cheng Hoe

Laporan Sukan Sinar pada Rabu. Gambar kecil: Irfan Bakti
Laporan Sukan Sinar pada Rabu. Gambar kecil: Irfan Bakti
A
A
A

KEPUTUSAN Tan Cheng Hoe menyahut cabaran mengendalikan kelab Liga 1 Thailand, Police Tero FC satu tindakan berani bagi mengembangkan karier kejurulatihannya.

Itu reaksi pengendali berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim berkenaan keputusan Cheng Hoe menyahut cabaran di Liga Thailand.

“Satu pendedahan positif apabila beliau berani menyahut cabaran biarpun mengetahui intensiti tinggi liga Thailand yang kompetitif tambahan pula mengendalikan Police Tero.

“Malah, satu nilai tambah pengalaman melatih pasukan tempatan berprofil tinggi seperti Kedah dan Selangor serta skuad kebangsaan, secara tidak langsung bantunya sepanjang bersama Police Tero.

“Biarpun begitu, satu pesan saya adalah sama seperti melatih mana-mana pasukan pun untuk meraih keputusan positif, kerjasama dan komunikasi setiap lapisan pasukan adalah penting untuk sesebuah kelab tersebut stabil serta berjaya,” katanya semasa Majlis Perjumpaan Semula Ulangtahun Ke-50 (1974-2024) Intake 27 Kem Sebatang Karah, Port Dickson pada Sabtu lalu.

Sebelum itu, Cheng Hoe menyifatkan peluang mengendalikan Police Tero yang sedang bergelut dalam Liga 1 Thailand merupakan satu cabaran baharu dalam karier kejurulatihannya.

Walaupun mengakui tanggungjawab mencabar, namun bekas pengendali Kedah itu optimis pengalaman bersama pasukan kebangsaan dan kelab Liga Malaysia mampu menghasilkan keputusan positif.

Malah, katanya, Police Tero juga pentas terbaik bagi menguji kemampuan melatih pasukan saingan liga antara yang terkuat di Asia Tenggara.

Artikel Berkaitan:

“Saya mahu mencari cabaran baharu, itu faktor Police Tero menjadi pilihan, selain saingan Liga Thailand merupakan antara liga terkuat di Asia Tenggara sama seperti pasukan kebangsaan, Thailand.

“Saya perlukan sedikit masa untuk membimbing pasukan meraih kemenangan dan yakin dapat mengemudi Police Tero kembali semula ke prestasi terbaik seperti sebelum ini,” katanya kepada Sukan Sinar.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28