Tarawih 20 rakaat di masjid, surau Pahang - JAIP

Penetapan 20 rakaat dan solat sunat witir dua salam itu selaras pemakluman yang dibuat oleh Jabatan Mufti Pahang. Gambar hiasan
Penetapan 20 rakaat dan solat sunat witir dua salam itu selaras pemakluman yang dibuat oleh Jabatan Mufti Pahang. Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN – Pahang akan melaksanakan 20 rakaat solat sunat tarawih di seluruh masjid dan surau pada Ramadan tahun ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr Zulkifle Ali berkata, solat sunat itu dilaksanakan di 700 masjid dan hampir 2,000 surau di negeri ini.

"Penetapan 20 rakaat dan solat sunat witir dua salam itu selaras pemakluman yang dibuat oleh Jabatan Mufti Pahang.

"Kesempurnaan solat tarawih adalah afdhal didirikan 20 rakaat sebagaimana dijelaskan oleh Imam Syafie iaitu ‘bahawa saya amat suka jika didirikan 20 rakaat solat tarawih’," katanya pada Rabu.

Zulkifle Ali
Zulkifle Ali

Zulkifle memberitahu, walaupun ia diselaraskan dengan jumlah tersebut, namun makmum boleh membuat pilihan mengikut kemampuan mereka masing-masing.

"Jadi, mereka boleh mendirikannya solat sunat tarawih lapan atau 20 rakaat," katanya.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 30 masjid di daerah dan sebuah masjid negeri dibuka selama 24 jam.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, ini bagi memberi ruang kepada para jemaah untuk beribadat selain menyediakan juadah berbuka puasa dan moreh selepas tarawih.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!<