Guardiola tempelak perancang jadual EPL

Pep Guardiola. Foto Agensi
Pep Guardiola. Foto Agensi
A
A
A

KEMARAAN Manchester City ke suku akhir Liga Juara-Juara untuk musim ketujuh berturut-turut selepas menewaskan FC Copanhagen 6-2 secara agregat di Stadium Etihad gagal meredakan kemarahan Pep Guardiola berhubung jadual padat Liga Perdana Inggeris (EPL).

Guardiola pada Ahad lalu telah menyuarakan kekecewaanya apabila The Citizens terpaksa berdepan Manchester United bagi aksi EPL, kira-kira 72

jam sebelum melayan kunjungan Copanhagen di perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Dengan nada berang, Guardiola menempelak perancang jadual EPL dengan menyatakan bahawa tiada negara lain memaksa wakilnya bermain di liga domestik pada Ahad apabila mereka mempunyai perlawanan peringkat Eropah pada hari Rabu.

"Cakap dekat EPL? Nanti mereka balas 'kami membayar banyak wang, jadi diam!" ujar Guardiola selepas diajukan soalan berhubung penjadualan perlawanan EPL pada minggu Liga Juara-Juara.

Mengulas aksi menentang Copanhagen, Guardiola berkata dia terpaksa melakukan tujuh perubahan dalam kesebelasan utama bagi mengelak keletihan menjelang aksi penting menentang Liverpool hujung minggu ini.

Pun begitu, Guardiola menafikan memandang rendah keupayaan Copanhagen apabila mengeluarkan watak penting Erling Haaland, Manuel Akanji dan Julian Alvarez sebelum wisel penamat ditiupkan.

"Jadual padat beri kesan buruk kepada prestasi City.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak mahu pemain berdepan isu kecergasan kelak," katanya.

The Citizen ketika ini mengekori rapat Liverpool selaku pendahulu EPL dengan perbezaan dua mata.

Namun, City yang juga juara musim lalu boleh memintas The Reds sekiranya meraih kemenangan di Anfield.