Kerajaan perlu pertimbangkan sistem pendanaan awam - Young Syefura

Young Syefura
Young Syefura
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan diminta mempertimbangkan sebuah sistem pendanaan awam yang melibatkan sejumlah wang diperuntukkan untuk diagihkan kepada parti-parti politik.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, sebuah badan bebas yang bakal melaksanakan sistem tersebut perlu mengambil kira isu pelantikan jawatankuasa terlibat.

“Inisiatif itu dijalankan supaya tiada mana-mana pihak kerajaan akan menyalahgunakan kepentingan tersebut selepas ini.

“Perkara Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pendanaan politik ini pernah dibangkitkan berkenaan pembiayaan awam dengan izin terhadap mana-mana parti politik,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada Rabu.

Young Syefura juga mewakili Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) - Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR) memaklumkan bahawa sistem tersebut dapat mengurangkan kebergantungan parti-parti politik terhadap dana swasta atau persendirian.

“Ini boleh mempengaruhi perbuatan dasar untuk kepentingan sempit tertentu bagi sesetengah pihak dan tidak menguntungkan rakyat,” tambahnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: