Manchester City langgar habis Copenhagen di Etihad

Haaland antara pencipta jaringan buat City.
Haaland antara pencipta jaringan buat City.
A
A
A

JUARA bertahan Manchester City mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas mengatasi FC Copenhagen, 3-1 dalam perlawanan kedua pusingan 16 terbaik di di Stadium Etihad pada awal Khamis.

Kemenangan ke-10 berturut-turut anak buah Pep Guardiola dalam pertandingan melengkapkan kemenangan agregat 6-2 ke atas kelab Denmark tersebut.

Gol dijanakan pada separuh masa pertama Manuel Akanji minit kelima, Julian Alvarez (minit kesembilan) dan Erling Haaland (minit ke-45 3), manakala saguhati pelawat dijelmakan bekas pemain Southampton, Mohamed Elyounoussi.

"Saya sangat gembira mengenainya. Ia adalah matlamat kami untuk menjaringkan gol lebih awal.

"Dua gol pertama pada separuh masa pertama memudahkan kami.

"Kami cuba melakukan yang terbaik dan melakukan apa yang kami perlu lakukan dalam perlawanan ini," kata Akanji.

Manchester City yang mara ke suku akhir untuk musim ketujuh berturut-turut akan mengetahui lawan suku akhir dalam undian pada 15 Mac.

"Kami berasa baik sekarang... Kami yakin akan ke pusingan seterusnya. Kami antara pasukan pilihan namun masih perlu membuktikannya," kata Akanji.

Artikel Berkaitan: