SST: KPDN Perak keluar 10 notis

Kamalludin (lima dari kanan) ketika melancarkan Program Jualan Ihsan Rahmah di Pasar Raya Besar Mydin Meru pada Rabu.
Kamalludin (lima dari kanan) ketika melancarkan Program Jualan Ihsan Rahmah di Pasar Raya Besar Mydin Meru pada Rabu.
A
A
A

IPOH - Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mengeluarkan 10 Notis Pengesahan Maklumat terhadap premis berkaitan pelbagai perkhidmatan susulan kadar baharu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak lapan peratus berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, notis berkenaan dikeluarkan susulan pelaksanaan Ops Kesan 2024 melibatkan caj perkhidmatan.

Menurutnya, operasi tersebut bermula pada 1 Mac lalu dan sedang berlangsung sehingga 10 Mac ini dengan sasaran pemeriksaan premis sebanyak 30 buah.

"Kita membuat pemeriksaan di 10 lokasi premis sektor perhotelan, kesihatan, penyedia latihan dan tunjuk ajar. Sebanyak 30 jenis perkhidmatan dan barangan juga diperiksa.

"Sehingga kini, sebanyak 10 notis pengesahan maklumat dikeluarkan kepada pemilik premis untuk dikemukakan kepada kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jualan Ihsan Rahmah di Pasar Raya Besar Mydin Meru di sini pada Rabu.

Kamaluddin berkata, sekiranya pengesahan maklumat barangan yang dikemuka kurang memuaskan, pihak KPDN akan mengeluarkan notis bertulis untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.

Jelasnya, jika caj atau harga perkhidmatan yang dikenakan melebihi daripada sepatutnya, KPDN akan ambil tindakan.

Berkuat kuasa 1 Mac lalu, kadar SST naik kepada lapan peratus, berbanding enam peratus sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun kadar baharu ini tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta.

Peningkatan kadar SST baharu ke lapan peratus ini diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2024 Oktober lalu.

Ia sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya.

Dalam perkembangan lain, Kamalludin berkata, penganjuran Bazar Ramadan Rahmah pada tahun ini dijangka akan diteruskan seperti tahun sebelumnya.

Katanya, pelaksanaan bazar tersebut bagaimanapun hanya akan diumumkan secara terperinci selepas pengumuman yang akan dibuat di peringkat persekutuan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!