Kedai borong didakwa sorok minyak masak peket

Tangkap layar hantaran dibuat seorang pengguna media sosial berkaitan isu ketiadaan bekalan minyak masak peket bersubsidi. Foto media sosial
Tangkap layar hantaran dibuat seorang pengguna media sosial berkaitan isu ketiadaan bekalan minyak masak peket bersubsidi. Foto media sosial
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebuah kedai borong di Sungai Lalang di sini didakwa menyembunyikan minyak masak peket bersubsidi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai.

Tindakan itu dibongkar seorang pengguna media sosial menggunakan nama Nur Aizat yang memuat naik gambar minyak masak peket yang didakwanya disembunyikan peniaga di bahagian belakang kedai terbabit.

Dia mendakwa, sebelum itu pelanggan bertanyakan tentang stok minyak masak peket di kaunter hadapan, namun dimaklumkan telah kehabisan.

Dia juga mendakwa bahawa kesemua kedai di sekitar Sungai Lalang dan Ambangan Heights, tidak mempunyai bekalan minyak masak berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah memaklumkan aduan berkenaan sudah dalam siasatan pihaknya.

Difahamkan, pemantauan ke lokasi aduan juga telah dibuat oleh pasukan KPDN bagi mengenal pasti situasi sebenar.

Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan maklumat terperinci daripada agensi itu dalam masa terdekat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: