AMK kecam tindakan vandalisme gambar Raja Muda Perlis

Tindakan biadab pihak tertentu yang mengotorkan papan iklan memaparkan gambar Raja Muda Perlis.
Tindakan biadab pihak tertentu yang mengotorkan papan iklan memaparkan gambar Raja Muda Perlis.
A
A
A

KANGAR - Warga Perlis dikejutkan dengan satu tindakan biadab pihak tertentu yang mencemar dan mengotorkan papan iklan yang memaparkan gambar Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada Rabu.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis, Leong Chee Wei berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya tindakan vandalisme yang biadab dan tidak menghormati Tuanku.

"AMK Perlis berpendapat imej institusi diraja perlu dijaga bertepatan dengan Prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, tindakan vandalisme itu jelas menunjukkan penghinaan dan penderhakaan terhadap institusi diraja.

"Tindakan tegas perlu diambil dan tiada toleransi hukuman yang bakal dikenakan kepada pelaku.

"Oleh itu, AMK Perlis menggesa pihak berkuasa untuk segera mencari individu biadab dan derhaka ini, supaya tindakan yang tegas dan setimpal dapat dikenakan kepada pelaku," katanya.

Artikel Berkaitan: