Wajibkah tanam kuku yang dipotong dan rambut gugur?

DISUNATKAN untuk menanam apa-apa sahaja yang terpotong daripada tubuh kita. -Gambar hiasan
DISUNATKAN untuk menanam apa-apa sahaja yang terpotong daripada tubuh kita. -Gambar hiasan
A
A
A

APABILA nampak sisa kuku yang dipotong, cepat sahaja kita mengutipnya. Begitu juga dengan rambut yang gugur.

Kebanyakan daripada kita akan membuangnya. Namun begitu, ada juga yang lebih suka mengambil pendekatan mengumpulnya sebelum ditanam.

Sebenarnya, wajibkah kita tanam kuku yang dipotong itu dan rambut yang gugur tadi?

Ketika ditanya warganet mengenainya, pendakwah Ustaz Addien Abdul Kadir menjelaskan, dalam Mazhab Syafie, kita disunatkan untuk menanam apa-apa sahaja yang terpotong daripada tubuh kita.

USTAZ ADDIEN
USTAZ ADDIEN

“Ia termasuklah rambut, kuku, uri, organ, darah dan sebagainya.

“Andai dibuang ke dalam tong sampah pun, tidak mengapa, harus (hukumnya). Demikian yang disebutkan dalam kitab al-Majmu’ dan Nihayah al-Muhtaj,” katanya sebagaimana dipetik menerusi platform X miliknya.

Artikel Berkaitan:

Pendek kata, Ustaz Addien yang juga penulis buku kerohanian menjelaskan, tidak wajib bagi kita menanamnya, tetapi jika ia dilakukan, itulah perbuatan yang baik.

“Tiada dalil hadis, tetapi ada dalil amalan sebahagian sahabat dan salaf,” katanya.

Ketahuilah bahawa semua yang terpotong ataupun terpisah daripada tubuh adalah bahagian badan kita, ungkapnya.

Justeru, katanya, ia perlu dimuliakan dan diurus dengan baik.

“Selain itu, tujuannya adalah untuk elak dimakan, disepahkan atau diusung oleh haiwan. Pada zaman dulu, tiada sistem pengurusan sampah seperti sekarang.

ANTARA hikmah mengapa kita disunatkan menanam kuku yang dipotong dan rambut gugur kerana mengelak daripada perbuatan khianat dan sihir. -Gambar hiasan/ Foto: FREEPIK
ANTARA hikmah mengapa kita disunatkan menanam kuku yang dipotong dan rambut gugur kerana mengelak daripada perbuatan khianat dan sihir. -Gambar hiasan/ Foto: FREEPIK

“Hikmah lainnya adalah untuk mengelak daripada perbuatan khianat dan sihir. Ini kerana anggota tubuh biasanya digunakan untuk melakukan perbuatan sedemikian kepada empunya badan.

“Maka, tanam merupakan cara terbaik,” terangnya panjang lebar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!