Gugurnya air mata Nizam Laksamana

Nizam tidak dapat menahan sebak apabila bercakap mengenai Allahyarham Gmie Screen, Ibnor Riza dan Tia Jinbara.
Nizam tidak dapat menahan sebak apabila bercakap mengenai Allahyarham Gmie Screen, Ibnor Riza dan Tia Jinbara.
A
A
A

PENYANYI popular 1990-an, Nizam Laksamana tidak dapat menahan air mata apabila mengenangkan tiga sahabat baiknya iaitu Gmie Screen, Tiar Jinbara dan Ibnor Riza yang sudah pulang menemui pencipta.

Jelas figura berusia 58 tahun itu, tiga individu tersebut banyak mendukung dalam menjayakan Showcase Amal Artis Lagenda 90an sejak pertama kali diadakan pada tahun 2019.

Malah Allahyarham Gmie Screen juga pernah membantu membayarkan sejumlah wang ketika Showcase Amal Artis Lagenda 90an 2.0 pada tahun 2020 bagi memastikan acara itu dapat diteruskan.

Nizam bersama sebahagian artis yang akan memeriahkan Showcase Amal Artis Legenda 4.0 yang akan diadakan pada 1 Jun 2024 di Hotel Grand Barakah.
Nizam bersama sebahagian artis yang akan memeriahkan Showcase Amal Artis Legenda 4.0 yang akan diadakan pada 1 Jun 2024 di Hotel Grand Barakah.

"Saya pernah cakap dengan arwah Gmie, saya nak dia ada dalam setiap Showcase Amal dan dia tidak pernah kisah soal pembayaran. Malah dia sendiri yang menghulurkan bantuan ketika saya perlu menyelesaikan baki pembayaran kepada pihak hotel kerana saya tidak sempat mengeluarkan duit dari bank.

"Begitu juga dengan Ibnor yang pernah menyertai Showcase Amal Showcase Amal Artis Lagenda 90an 3.0, dua tahun lalu, dia memang semangat untuk turut serta dalam showcase amal kali ini, tetapi tidak kesampaian. Saya rasa kehilangan yang cukup besar apabila mereka tidak bersama saya kali ini," ujarnya.

Nizam berkata demikian ketika ditemui di sidang media Showcase Amal 4.0 di Hotel Grand Barakah, Ampang pada Selasa.

Showcase Amal Artis Legenda 4.0 yang akan diadakan pada 1 Jun 2024 di Hotel Grand Barakah bakal menampilkan barisan penyanyi popular bertaraf legenda tanah antaranya zamani Slam, Zarul Umbrella, Acong Sweetchild, Tam Spider, Shafie Rio, Ameng Spring, Dwen, Ady Wow, Mawi dan Wann.

Artikel Berkaitan:

Nizam mengakui 'letih' apabila niatnya untuk membantu pihak yang memerlukan dipandang serong segelintir pihak.
Nizam mengakui 'letih' apabila niatnya untuk membantu pihak yang memerlukan dipandang serong segelintir pihak.

Hasil kutipan menerusi showcase ini akan diagihkan kepada 20 penggiat seni termasuk pengamal media yang memerlukan.

Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Gugurnya Bunga Cinta itu memberitahu, showcase anjuran syarikatnya, Nizam Laksamana Production adalah yang terakhir dianjurkan.

Akui Nizam atau nama sebenar, Mohd Nizam Pechok, 57, dia kesal apabila usahanya membantu golongan anak seni serta bekas pengamal media yang memerlukan bantuan dipandang sepi termasuk golongan 'pihak atasan'.

“Pernah ada pihak mengatakan saya mengaut keuntungan dengan menganjurkan showcase ini walaupun pada dasarnya tiada ‘gaji’ pun bersama pasukan saya. Permohonan dana juga pernah ditolak walaupun dah melalui proses 'pitching'.

"Pernah juga terucap perkataan ‘batal’ sahaja kerana pandangan serong sesetengah pihak serta janji-janji manis yang ditabur golongan korporat bagi menaja penganjuran showcase.

"Namun atas motivasi dan sokongan pasukan showcase ini serta pihak media membuatkan saya meneruskan juga matlamat yang telah dirangka. Mungkin saya perlu bergelar Datuk dahulu, baru akan dipandang," luahnya yang mahu memberi tumpuan kepada diri sendiri dan keluarga selepas ini.