Gaji 'besar' dorong graduan lebih kompeten

Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan gaji premium lebih RM4,000 kepada graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mampu memberi dorongan kepada golongan itu untuk lebih kompeten dalam bidang masing-masing.

Graduan Kolej Vokasional Sungai Buloh, Wan Afifah Najihah Wan Mazuki berpandangan, sejajar dengan kemahiran yang disediakan dalam rangka kursus Kolej Vokasional-TVET, graduan berkenaan sudah dilengkapi kemahiran yang diperlukan majikan, terutama bidang kemahiran.

Justeru ujarnya, kebolehpasaran graduan bidang itu juga semakin meningkat seiring bidang-bidang lain.

“Kolej Vokasional melahirkan graduan berkemahiran yang dituntut industri kerana petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan BPLTV (Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional) menyasarkan 70 peratus graduan bekerja, 20 peratus usahawan dan 10 peratus sambung belajar.

Wan Afifah Najihah
Wan Afifah Najihah

“Maka saya percaya TVET diberi peranan antara paling utama daripada mana-mana kluster pendidikan di negara ini dan jumlah gaji yang ditawarkan juga setanding kemahiran kami,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Dalam pada itu Wan Afifah Najihah turut berharap orang ramai dapat menjernihkan persepsi negatif terhadap graduan Kolej Vokasional yang dianggap tiada tempat dalam industri selepas tamat belajar.

“Hakikatnya, industri amat memahami sistem TVET dan pelajar Kolej Vokasional menjadi rebutan kerana kami telah dilengkapi kemahiran dan teori dalam bidang masing-masing,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!