'Sebaiknya perempuan jangan travel solo ke India'

Anita ketika di India dalam misi GDR2.
Anita ketika di India dalam misi GDR2.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengembara wanita dinasihati agar mengambil langkah lebih berhati-hati ketika berkunjung ke negara luar terutamanya India.

Ini kerana kata persona figura Anita Yusof, langkah keselamatan merupakan keutamaan bagi setiap pengembara.

“Pendapat saya, sebaik-baiknya perempuan jangan travel solo kerana scam kat sini berbelit-belit,” katanya.

Menurut beliau, insiden yang berlaku terhadap pasangan pengembara Sepanyol, Vicente dan Fernanda itu amat mendukacitakan.

“Mereka adalah pengembara yang berpengalaman lebih lima tahun sudah tentu faham selok-belok dunia pengembaraan apatah lagi ketika di India.

“Mereka bernasib malang kerana penginapan di bandar berkenaan sudah penuh.

“Kami sebagai advriders tidak boleh sembarangan pilih penginapan kerana perlu juga memastikan ia mempunyai tempat parkir motosikal yang selamat,” katanya.

Beliau yang kini berada di Ecuador, Peru dalam misi Global Dream Ride 2 (GDR2) untuk menakluki dunia secara solo buat kali kedua menyifatkan, India adalah tempat untuk mengenal erti kehidupan.

Artikel Berkaitan:

“India memang teruk tetapi kalau hendak kenal kenal erti kehidupan, di sini la tempatnya.

Anita ketika di India dalam misi GDR2.
Anita ketika di India dalam misi GDR2.

“Ada pelbagai macam ‘drama’ boleh dilihat serupa seperti tayangan filem Hindustan atau Tamil,” kata pemegang Asia Book Of Records sebagai wanita menunggang paling lama secara solo mengelilingi dunia.

Meskipun begitu, bekas pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh itu berkata, tidak semua rakyat India berkelakuan tidak senonoh.

“Meskipun India bukan negara kegemaran saya, tetapi sudah empat kali berkunjung ke sana.

“Bagi saya pengembaraan sebenar bukan untuk melihat perkara yang indah sahaja,” katanya.

Misi GDR2 yang bermula tahun 2019 telah mencapai 80,000 kilometer perjalanan di 65 buah negara.

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu dijangka menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan dan menyambut Aidilfitri tahun ini di Peru.

Samantha
Samantha

Sementara itu, wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Samantha Tan turut berkongsi situasi rasa tidak selamat sekiranya berjalan seorang diri di negara berkenaan.

“Dua kali saya berkunjung ke India secara solo. Memang seronok kerana kelainan budaya, sejarah dan sebagainya.

“Namun apa yang diperhatikan memang tidak selamat untuk wanita berjalan-jalan terutama di kawasan pedalaman, lorong- lorong belakang dan tempat sunyi di sana.

“Dalam tren pun ada yang merenung seakan-akan tidak pernah tengok perempuan,” katanya.

Samantha turut menasihati wanita agar mengambil langkah waspada sekiranya ragu-ragu terhadap persekitaran sekeliling.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!