Remaja 13 tahun maut, rakan cedera dalam kemalangan

Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut di tempat kejadian. Foto ihsan PDRM
Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut di tempat kejadian. Foto ihsan PDRM
A
A
A

LIPIS - Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer (KM) 48, Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kampung Petola pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Azam Afwan Mazlan,13, beralamat Kampung Dada Kering, Padang Tengku, di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, kejadian membabitkan sebuah motosikal jenis Honda C100 dan kereta jenis Proton Saga.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal ditunggangi mangsa bersama seorang remaja lelaki berusia 12 tahun dan kereta dipandu lelaki berusia 18 tahun dalam perjalanan daripada arah Pagar Sasak menghala ke Merapoh.

Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa dalam kejadian tersebut. Foto ihsan PDRM
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa dalam kejadian tersebut. Foto ihsan PDRM

"Apabila sampai di tempat kejadian, semasa kereta sedang memotong motosikal di jalan lurus, secara tiba-tiba motosikal itu dipercayai telah mengubah arah dari kiri ke kanan jalan untuk masuk ke simpang di sebelah kanan jalan ke Kampung Bukit.

"Kereta itu tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal tersebut dari sebelah kiri," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, kemalangan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Pemandu kereta terbabit pula tidak mengalami kecederaan dan bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian swab Covid-19 diperoleh.

"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!