Kerajaan tingkat usaha, galak orang ramai terlibat pertanian moden

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Wang Persekolahan Agrobank 2024 di Lake Point Club pada Selasa. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan meningkatkan usaha bagi menggalakkan orang ramai terlibat dalam pertanian moden selepas peruntukan sebanyak RM1 bilion diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, susulan itu pihaknya akan memfokuskan inisiatif tersebut menerusi peruntukan yang diberikan kepada Agrobank sebanyak RM300 juta.

Menurutnya, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan tersebut semasa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024) baru-baru ini bagi pembiayaan kredit mikro Bumiputera.

"Kami mahu memberi tumpuan kepada pertanian moden kerana lokasi tersebut mempunyai kira-kira tujuh juta penduduk dan tanah semakin berkurangan.

“Itulah sebabnya kita perlu menggalakkan pertanian moden ini, " katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Wang Persekolahan Agrobank 2024 di Lake Point Club, dekat sini pada Selasa.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (belakang, empat dari kanan) dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin (belakang, lima dari kanan) bergambar bersama penerima sumbangan pada Majlis Penyampaian Bantuan Wang Persekolahan Agrobank 2024 di Setia Alam Impian pada Selasa. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan yang diberikan kepada 200 murid sekolah rendah sekitar Lembah Klang sempena pembukaan sesi persekolahan 2024/2025 bermula 11 Mac ini.

Selain itu, tambah Mohamad, penduduk yang tinggal di rumah pangsa juga boleh menerima manfaat daripada pertanian moden tersebut kerana fleksibiliti dari segi aktiviti mahupun ruang.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, Singapura antara negara yang mengamalkan budaya pertanian moden tersebut sehingga membolehkan beberapa hasil dijual.

“Sebagai contoh, Sunway Group telah memulakan aktiviti dan telah mendapat hasil yang tinggi,” tambahnya.

Tambah Mohamad lagi, pertanian moden dan agropreneur adalah antara pilihan kerjaya untuk mendorong industri pertanian, selaras dengan revolusi perindustrian keempat.

Jelasnya, penggunaan teknologi dalam aktiviti harian tidak biasa dilakukan bagi generasi muda.

"Perkembangan teknologi dalam sektor pertanian sepatutnya menjadi daya penggerak bagi generasi hari ini untuk mengambil bahagian dalam sektor tersebut.

"Ia sejajar dengan apa yang saya tegaskan iaitu sektor pertanian perlu ditegakkan dalam kalangan generasi muda sebagai salah satu sektor berpotensi yang mampu membawa impak besar ke arah pertumbuhan ekonomi," kata beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!