Suspek peras ugut pelajar agama ditahan

Kejadian buli pelajar sekolah yang tular di media sosial. Gambar kecil: Ganti Jimmy
Kejadian buli pelajar sekolah yang tular di media sosial. Gambar kecil: Ganti Jimmy
A
A
A

KOTA BHARU - Polis sudah menahan individu yang dipercayai terlibat dalam video tular peras ugut terhadap seorang pelajar sekolah agama di jajahan Machang hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, kesemua empat remaja yang berusia 13 hingga 15 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.

Menurutnya, mangsa yang berusia 14 tahun itu membuat laporan di balai polis hari ini berikutan kejadian terbabit tular di media sosial.

“Berdasarkan siasatan awal kejadian yang tular di media sosial sejak semalam itu berlaku pada 21 November tahun lalu.

“Berdasarkan laporan, mangsa memberitahu dia dipanggil oleh kawannya ke lokasi kejadian iaitu di belakang sekolah terbabit.

“Suspek yang dikenali mangsa dikatakan meminta RM5 tetapi jumlah ini tidak mencukupi menyebabkan dia ditendang,” katanya ketika dihubungi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki 'pau' duit budak sekolah

Video berdurasi 30 saat yang tular sejak tengah malam tadi turut menunjukkan seorang lelaki menyepak pelajar yang memakai pakaian sekolah dipercayai meminta duit daripada mangsa.

Artikel Berkaitan:

Tindakan tersebut turut dikecam warganet di Facebook dan meminta supaya lelaki terbabit dikenakan hukuman setimpal.

Sejak dimuat naik di facebook, video berkenaan menerima 1,000 tanda emosi dan paling banyak adalah tanda marah daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN Polis kenal pasti mangsa, suspek peras ugut