Jerami gulung dah terbakar

Keadaan jerami gulung yang terbakar di Kampung Sungai Kering, Yan Kedah. Foto JBPM
Keadaan jerami gulung yang terbakar di Kampung Sungai Kering, Yan Kedah. Foto JBPM
A
A
A

YAN - Jerami gulung yang menjadi tumpuan orang ramai di Jalan Pulau Bunting, Kampung Sungai Kering di sini terbakar dalam kejadian kira-kira 1.10 tengah hari Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 memaklumkan kebakaran jerami di tapak lokasi jerami gulung terbabit.

"Maklumat awal yang diterima mendapati kebakaran melibatkan jerami dan tidak melibatkan mangsa," katanya.

Bomba memadamkan kebakaran di lokasi jerami gulung dekat Yan, Kedah. Foto JBPM
Bomba memadamkan kebakaran di lokasi jerami gulung dekat Yan, Kedah. Foto JBPM

Beliau berkata, tindakan pemadaman dilakukan anggota bomba BBP Yan serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela Sungai Limau.

Jelasnya, operasi terkawal pada jam 1.21 tengah hari.

Difahamkan, punca kejadian masih dalam siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: