Sabah umum kadar zakat fitrah RM7.50

Yahya (empat dari kiri) menunjukkan replika kadar zakat fitrah yang ditetapkan bagi negeri Sabah iaitu sebanyak RM7.50.
Yahya (empat dari kiri) menunjukkan replika kadar zakat fitrah yang ditetapkan bagi negeri Sabah iaitu sebanyak RM7.50.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kadar zakat fitrah bagi negeri Sabah ditetapkan pada RM7.50 bagi setiap umat Islam di negeri itu.

Kadar zakat fitrah itu diumumkan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin.

"Kadar zakat fitrah ini adalah berasaskan sukatan satu gantang baghdad bersamaan 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Sabah," katanya dalam sidang media Majlis Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri Sabah di sini pada Selasa.

Beliau dalam pada itu turut memaklumkan jumlah keseluruhan pungutan zakat bagi negeri Sabah pada 2023 adalah sebanyak RM145,302,446.72.

"Jumlah itu membabitkan pungutan zakat harta sebanyak RM134,051,385.46 manakala pungutan zakat fitrah pula sebanyak RM11,251,061.26.

"Jumlah pembayar zakat fitrah pada 2023 adalah seramai 1,607,201 orang iaitu meningkat 46,587 orang pembayar atau 2.99 peratus berbanding 2022 iaitu seramai 1,560,614 orang," katanya.

Yahya (tengah) mengumumkan kadar zakat fitrah yang ditetapkan bagi negeri Sabah iaitu sebanyak RM7.50.
Yahya (tengah) mengumumkan kadar zakat fitrah yang ditetapkan bagi negeri Sabah iaitu sebanyak RM7.50.

Yahya berkata, Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS berjaya membuat agihan kepada asnaf pada tahun lalu sebanyak RM140,953,600.96 untuk seramai 110,459 asnaf.

Artikel Berkaitan:

"Lebihan yang tidak sempat diagihkan pada hujung tahun lalu telah mula diagihkan pada awal tahun ini.

"Selain itu, sepanjang Ramadan tahun ini juga Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS telah memperuntukkan sebanyak RM19.6 juta untuk diagihkan kepada empat asnaf," katanya.

Sehubungan itu, Yahya berkata, MUIS pada tahun ini menyasarkan pungutan zakat dan fitrah sebanyak RM156,725,000 di mana pungutan zakat fitrah dijangka berjumlah RM11,725,000 manakala pungutan zakat harta dijangka berjumlah RM145 juta.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28