Sila log masuk terlebih dahulu.

Kadar zakat fitrah di Johor bermula RM7 hingga RM20

A
A
A

BERITA SEMASA 7 MAC 2024

Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) menetapkan tiga kadar zakat fitrah tahun ini, iaitu RM7, RM12 dan RM20, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, penetapan harga fitrah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri ini, iaitu pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.

Katanya, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menetapkan kadar RM7 untuk umat Islam negeri ini yang menjadikan makanan hariannya beras jenis Super Tempatan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/653198/edisi/johor/kadar-zakat-fitrah-di-johor-bermula-rm7-hingga-rm20

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa