'Kami perlu menang dua gol'

Thomas Tuchel
Thomas Tuchel
A
A
A

GERGASI Bundesliga, Bayern Munich sememangnya perlu berasa tertekan jika kelab Jerman itu ingin mempamerkan prestasi terbaik membalikkan defisit 0-1 dalam perlawanan kedua Pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Lazio di Allianz Arena, kata pengendali Thomas Tuchel pada Isnin.

The Bavarians jauh daripada terbaik apabila hanya meraih satu kemenangan dalam lima perlawanan terakhir semua kejuaraan, dengan Tuchel akan meninggalkan kelab tersebut penghujung musim, setahun lebih awal daripada kontraknya.

Penyandang juara Bundesliga itu tersandung apabila meraih keputusan seri 2-2 di Freiburg dalam aksi liga terakhir menyaksikan kehilangan 10 mata di belakang pendahulu, Bayer Leverkusen.

“Saya rasa situasi untuk kami sangat jelas tetapi untuk prestasi terbaik tentu sahaja perlu ada tekanan tertentu.

"Keputusan terbaru kami termasuk kekalahan perlawanan pertama di Itali, bermakna perlawanan ini tidak akan terasa sangat mudah esok.

"Tekanan akan berada di sana esok.

"Kami perlu menang dengan dua gol menentang pasukan Itali, pasukan Maurizio Sarri. Intensiti sangat tinggi," kata Tuchel.

The Bavarians, yang telah memenangi 11 kejuaraan liga domestik dan merangkul trofi Liga Juara-Juara terbaharu pada 2020, berisiko untuk melabuh kempen musim ini tanpa sebarang trofi.

Artikel Berkaitan:

Kegagalan untuk mara lebih jauh dalam saingan kelab tertinggi Eropah itu juga berpotensi melihat pemergian Tuchel lebih awal dari Munich.

"Bukan daripada pihak saya. Saya tahu apa yang telah kami persetujui dan apa yang telah kami sampaikan tetapi anda boleh yakin tidak ada sesiapa yang mempunyai cita-cita lebih daripada saya untuk memenangi perlawanan esok.

"Esok setiap minit akan dikira. Kita tidak ada masa untuk disia-siakan.

“Masa sudah menyebelahi Lazio jadi kami perlu bermain dengan jiwa yang tenang tetapi masih mempunyai emosi dan dengan emosi melangkah bermain untuk gol,” kata jurulatih itu ketika ditanya sama ada penyingkiran Bayern bermakna dia tersingkir serta-merta.


INFO

Thomas Tuchel berusia 43 tahun ketika membimbing Borussia Dortmund ke Piala Jerman.

Dia berusia 47 tahun ketika membawa Chelsea menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara.

Kini berusia 50 tahun, musim bersama Bayern tanpa trofi buat pertama kali dalam tempoh lebih sedekad.

Liga Juara-Juara:

Pusingan 16 Terbaik

Perlawanan Kedua

Rabu (6 Mac):

Bayern Munich (0) lwn (1) Lazio, 4 pagi

Real Sociedad (0) lwn (2) Paris Saint-Germain, 4 pagi

Khamis (7 Mac):

Real Madrid (1) lwn (0) RB Leipzig, 4 pagi

Manchester City (3) lwn (1) BK Copenhagen, 4 pagi

* Dalam kurungan keputusan perlawanan pertama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28