Banjir Sarawak: 1,361 mangsa masih ditempatkan di 12 PPS

Penduduk Taman Malihah, Kuching mengharungi banjir untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Foto Bernama
Penduduk Taman Malihah, Kuching mengharungi banjir untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Seramai 1,361 mangsa banjir daripada 351 keluarga di Sarawak masih berlindungi di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini susulan banjir yang masih melanda kawasan selatan negeri ini.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), jumlah mangsa banjir itu menurun sedikit berbanding 1,497 orang daripada 392 keluarga di 14 PPS pagi tadi.

"Tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Kuching iaitu Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru dengan 297 mangsa, diikuti dengan Dewan Masyarakat Stapok (238) dan Dewan Taman Malihah (227),” menurut laporan itu.

Sejumlah 12 PPS yang aktif berkenaan terletak di beberapa kawasan di Kuching, Bau, Serian dan Siburan.

Jawatankuasa itu turut memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Tengah, Lundu telah ditutup pada jam 8 malam ini. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!