Tetamu majlis nikah 'lari'

Beberapa tetamu panik selepas merasai arus kecil elektrik pada kaki mereka. - Foto: Agensi
Beberapa tetamu panik selepas merasai arus kecil elektrik pada kaki mereka. - Foto: Agensi
A
A
A

MEDAN - Sebuah majlis pernikahan di Indonesia nyaris bertukar tragedi selepas sistem bunyi (sound system) disambar petir ketika hujan lebat.

Lebih malang, beberapa tetamu dilaporkan terkena renjatan elektrik ketika insiden di Desa Cangkring, Kecamatan Jenggawah, Kabupaten Jember pada Khamis lalu.

Difahamkan, kejadian itu turut menjadi tular di media sosial.

Ketua Dusun Cangkringbaru Desa Cangkring, Arif Arfianto berkata, petir menyambar tiang elektrik dan sistem bunyi majlis itu secara tiba-tiba ketika detik bacaan doa untuk acara nikah.

"Mujur tiada siapa yang terkorban. Hanya bekalan elektrik terputus untuk tempoh agak lama. Pihak keluarga pengantin bagaimanapun bertindak menyelamatkan majlis dengan menggunakan generator," ujarnya.

Menurutnya, beberapa tetamu yang berada di bawah khemah berhampiran tempat air bertakung panik dan 'melarikan diri' selepas merasai arus kecil elektrik pada kaki mereka. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!