36 maut, 41 cedera akibat hujan lebat di Pakistan

Gambar hiasan. Foto fail AFP
Gambar hiasan. Foto fail AFP
A
A
A

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh manakala 41 lagi cedera dalam pelbagai insiden yang dicetuskan oleh hujan dan salji di Pakistan.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA), kejadian itu berlaku selepas hujan lebat melanda seluruh negara dari 27 Feb hingga 3 Mac, lapor Xinhua.

NDMA pada Ahad berkata mangsa terbunuh termasuk 21 kanak-kanak, sembilan lelaki dan enam perempuan.

Wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa paling teruk terjejas dengan 27 kematian diikuti lima kematian di wilayah Balochistan manakala empat lagi di Kashmir yang dikuasai Pakistan.

Selain itu, sebanyak 469 rumah sama ada musnah sepenuhnya atau sebahagiannya. - Bernama/Xinhua

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: