Bruno Manser Fonds gesa Malaysia teliti aset Tun Taib

Laporan oleh Yayasan Bruno Manser pada 2012 menyatakan nilai bersih kekayaan Tun AbdulTaib mencapai AS$15 bilion mengejutkan.
Laporan oleh Yayasan Bruno Manser pada 2012 menyatakan nilai bersih kekayaan Tun AbdulTaib mencapai AS$15 bilion mengejutkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan hak asasi manusia dan alam sekitar Switzerland, Bruno Manser Fonds menggesa pihak berkuasa Malaysia untuk meneliti aset dan menyiasat asal-usul kekayaan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Menurut sebuah portal, gesaan itu menimbulkan persoalan mengenai tahap kekayaan Tun Abdul Taib.

Katanya, keengganan keluarga untuk mengisytiharkan harta mereka dan kekaburan yang menyelubungi kekayaan Tun Taib Mahmud mengekalkan kerahsiaan mengenai perkara tersebut.

"Bagaimanapun, laporan oleh Yayasan Bruno Manser pada 2012 menyatakan nilai bersih kekayaan Tun AbdulTaib mencapai AS$15 bilion yang mengejutkan, malah lebih kecil daripada individu terkaya Malaysia, Robert Kuok.

"Data terbaru Forbes meletakkan kekayaan Kuok pada AS$10.2 bilion, menggariskan magnitud kekayaan Tun Abdul Taib yang didakwa. Namun, ketidakpastian kerana ketepatan anggaran ini masih belum dapat dipastikan," ujarnya.

Tambah portal itu, kontroversi masa lalu mengenai harta pusaka membabitkan isteri Tun Abdul Taib, Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan anak lelakinya

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib juga semakin menjadi-jadi.

"Sebelum ini, Sulaiman mengambil tindakan undang - undang yang dikatakan ada kaitan dengan pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.

Artikel Berkaitan:

" Tingkah laku ini menunjukkan kesediaan untuk terlibat dalam pertempuran undang-undang untuk memastikan apa yang dia percaya adalah haknya," ujarnya.