Bersih kubur tradisi menjelang Ramadan

Tradisi bagi penduduk di Kampung Merchang dekat sini bergotong-royong membersihkan kubur menjelang Ramadan
Tradisi bagi penduduk di Kampung Merchang dekat sini bergotong-royong membersihkan kubur menjelang Ramadan
A
A
A

MARANG - Setiap kali menjelang Ramadan sudah menjadi tradisi bagi penduduk di Kampung Merchang dekat sini bergotong-royong membersihkan kubur di kampung berkenaan.

Penyelaras program tersebut, Fikri Muhamad berkata, ia merupakan sebahagian aktiviti tahunan penduduk kampung sejak dahulu lagi melibatkan orang ramai termasuk golongan muda.

"Aktiviti membersih kubur merupakan program tradisi sebelum ketibaan bulan puasa.

"Aktiviti ini juga adalah serampang dua mata bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Fikri berkata, program anjuran bersama kawasan rukun tetangga (KRT) Kampung Gong Kasim dan pihak pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Merchang itu bagi memastikan kawasan perkuburan tersebut sentiasa bersih dan selesa.

Selain itu, katanya, aktiviti amal jariah turut dilakukan penduduk pada bulan lain mengikut kesesuaian iaitu antara tiga hingga empat kali setahun.

Sementara itu Pengerusi Tanah Perkuburan Islam Kampung Merchang, Muhamad Deraman melahirkan rasa terharu dan berterima kasih atas kerjasama diberikan penduduk di kampung berkenaan.

"Situasi menunjukkan terdapat golongan tidak mengira usia iaitu muda dan tua berganding bahu membersihkan kubur telah menunjukkan masih ada lagi ukhuwah terjalin sesama penduduk.

Artikel Berkaitan:

"Diharapkan usaha ini terus menjadi tradisi kepada penduduk kampung dalam melakukan kerja kebajikan dan sentiasa melakukan amal bakti," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28