Berseronok sambil belajar di Karnival VIKids Alamanda

Karnival VIKids berlangsung di Alamanda, Putrajaya bermula 23 Februari sehingga 10 Mac ini.
Karnival VIKids berlangsung di Alamanda, Putrajaya bermula 23 Februari sehingga 10 Mac ini.
A
A
A

PUSAT Beli Belah Alamanda di sini kembali dengan Karnival VIKids yang menjanjikan pengalaman imersif buat ahli VIKids dan keluarga mereka bermula 23 Februari sehingga 10 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, daya tarikan karnival itu tidak hanya tertumpu dengan kepelbagaian aktiviti, malah ahli VIKids berpeluang untuk merebut ganjaran yang menarik melalui ‘Shoppers Rewards Programme’.

Menurutnya, sebarang pembelian yang berjumlah RM300 dan ke atas yang dilakukan di mana-mana kedai terpilih bakal menerima selimut kanak-kanak esklusif ‘We Bare Bear’ tajaan Miniso.

"Untuk mengambil bahagian di karnival, ahli VIKids berpeluang menebus sekeping karnival pas harian secara percuma bagi menyertai pelbagai aktiviti, permainan dan hadiah yang percuma.

"Kereta kuda putar, permainan karnival yang menyeronokkan, gula-gula kapas dan aktiviti melukis muka menawarkan pengalaman yang menarik buat si cilik," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kanak-kanak yang bukan ahli VIKids berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli dengan pembelian bernilai sekurang-kurangnya RM50 di dalam satu resit.

Pengunjung cilik bermain permainan karnival yang menyeronokkan di Karnival VIKids.
Pengunjung cilik bermain permainan karnival yang menyeronokkan di Karnival VIKids.

“Karnival VIKids direka khas untuk memberikan keseronokan yang selari dengan elemen pendidikan kepada kanak-kanak semasa musim cuti sekolah selain daripada mencipta memori yang berkekalan untuk seisi keluarga," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, kempen VIKids dilihat amat istimewa dalam usaha pendekatan dengan kanak-kanak dan ia adalah bukti komitmen Kumpulan Suria KLCC dalam memberikan nilai dan kegembiraan kepada pelanggan setianya.