Doktor disyaki cabul pembantu klinik ditahan

Seorang doktor ditahan polis selepas disyaki mencabul pekerja wanitanya yang merupakan pembantu di sebuah klinik di sini pada Khamis.Gambar hiasan (Gambar kecil: Chang Hook)
Seorang doktor ditahan polis selepas disyaki mencabul pekerja wanitanya yang merupakan pembantu di sebuah klinik di sini pada Khamis.Gambar hiasan (Gambar kecil: Chang Hook)
A
A
A

JEMPOL - Seorang doktor ditahan polis selepas disyaki mencabul pekerja wanitanya yang merupakan pembantu di sebuah klinik di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut daripada mangsa berusia 24 tahun kira-kira jam 6 petang Rabu.

"Hasil siasatan mendapati mangsa baru satu bulan bekerja di klinik berkenaan.Kejadian pertama berlaku pada 19 Februari manakala kedua pada 24 Februari lepas.

"Berikutan itu, mangsa mengalami trauma lalu mengadu kepada keluarganya sebelum membuat laporan polis. Keterangan beberapa orang saksi telah diambil untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, bertindak atas maklumat, seorang lelaki berusia 36 tahun yang merupakan doktor dan pemilik klinik berkenaan ditahan pada Khamis jam 12 tengahari bagi membantu siasatan kes.

"Suspek direman selama tiga hari sehingga Ahad ini bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan sebelum dirujuk Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: