Pemandu Proton Persona cuba lolos diri ditahan polis

Seorang lelaki ditahan dan peralatan disyaki digunakan untuk pecah rumah turut dirampas.
Seorang lelaki ditahan dan peralatan disyaki digunakan untuk pecah rumah turut dirampas.
A
A
A

PETALING JAYA - Tindakan seorang lelaki cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan polis mengundang padah apabila dia ditahan dalam kejadian dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) telah mengejar sebuah kereta Proton Persona di Damansara Perdana pada jam 2.20 pagi.

"Kereta yang dipandu suspek berusia 45 tahun itu telah terbabas berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail.

"Lelaki itu kemudian keluar daripada kenderaan dan melarikan diri sehingga ke sebuah hospital swasta, sebelum kita memberkasnya," katanya satu dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan yang dipandu suspek, polis menjumpai beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk pecah rumah.

"Kita merampas sebatang spanar, sebatang kuku kambing yang telah diubah suai, pahat, dua pemutar skru, sebilah pisau, sebuah topi keledar, sepasang sarung tangan dan wang tunai berjumlah RM6,000.

"Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 15 rekod jenayah lampau dan tiga rekod dadah. Suspek telah direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Meseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki alatan pecah rumah," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!