Belgium persiapan terakhir Aisyah hadapi Sukan Olimpik

Nur Aisyah bersama basikalnya selepas bertemu Hamidin di Velodrom Nasional, Nilai pada Jumaat.
Nur Aisyah bersama basikalnya selepas bertemu Hamidin di Velodrom Nasional, Nilai pada Jumaat.
A
A
A

BELGIUM menjadi destinasi tumpuan pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohd Zubir mulai Mei sebagai persiapan terakhir ke Sukan Olimpik Paris 2024 Julai depan.

Pelumba kelahiran Terengganu mengakui persiapan untuk temasya sukan terbesar dunia itu berada pada tahap terbaik, namun menegaskan masih terdapat beberapa perkara yang memerlukan penambahbaikan.

Nur Aisyah
Nur Aisyah

“Alhamdulillah setakat ini semua perancangan latihan berjalan lancar. Pada Mei, kita rancang jalani latihan lebih intensif di Belgium sebagai persiapan terakhir sebelum ke Sukan Olimpik Paris.

“Sebelum itu, saya akan menyertai kejohanan di Vietnam sebelum ke Thailand untuk menyertai latihan pasukan, kemudian sertai Tour of Thailand diikuti balik ke Malaysia sebelum meneruskan persiapan latihan di Belgium.

“Matlamat di Belgium adalah bagi mendapatkan suasana perlumbaan sebenar kerana di situ membabitkan beberapa pelumba dunia lain,” kata atlet berusia 26 tahun itu selepas sesi lawatan Ketua Kontinjen Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin di Velodrom Nasional, Nilai pada Jumaat.

Sebagai rekod, Nur Aisyah menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama negara beraksi di pentas Olimpik berdasarkan ranking dan prestasinya yang konsisten di pentas kejuaraan antarabangsa.

Artikel Berkaitan: