Pesta kutip kepah di pantai Tanjung Lumpur

Rayyan Hakimi sedang mencakar tanah bersama sepupunya untuk mencari kepah di Pantai Tanjung Lumpur pada Khamis.
Rayyan Hakimi sedang mencakar tanah bersama sepupunya untuk mencari kepah di Pantai Tanjung Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Suasana di pesisir pantai Tanjung Lumpur di sini bagaikan pesta apabila menjadi tumpuan pengunjung mengutip kepah sejak dua minggu lalu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati orang ramai mengambil peluang berkunjung ke pantai berkenaan bersama keluarga apabila air laut surut terutama bermula jam 3 petang.

Mereka membawa alatan seperti pencakar besi dan menggunakan penutup kipas angin sebagai dulang untuk menapis dan mengasingkan pasir yang digali.

Lebih menarik, mereka sanggup berpanas selama berjam-jam di tepi pantai untuk mengutip hidupan laut itu bersama keluarga untuk dijadikan makanan.

Peniaga, Nora Ismail, 60, dari Jengka berkata, peluang datang ke daerah ini untuk mendapatkan daun palas bagi jualan ketupat sejuk beku dimanfaatkan dengan mencari kepah di pantai itu.

"Saya membawa lima cucu di pantai Tanjung Lumpur untuk beriadah dan mandi-manda.

"Kita singgah la sekejap di sini, sambil itu cari kepah dapat hasil boleh buat masak lemak untuk sekali makan.

Artikel Berkaitan:

(Dari kiri) Aqil Asyraf Ismaun, 12, Puteri Eldalina Hadirah Azhar, 12, Rayyan Hakimi Mohd Razif, 12 dan Azwani Azhar, 9, menunjukkan kepah yang berjaya diperolehi di pesisir pantai Tanjung Lumpur.
(Dari kiri) Aqil Asyraf Ismaun, 12, Puteri Eldalina Hadirah Azhar, 12, Rayyan Hakimi Mohd Razif, 12 dan Azwani Azhar, 9, menunjukkan kepah yang berjaya diperolehi di pesisir pantai Tanjung Lumpur.

"Kalau tengok cucu-cucu semua seronok mereka bukan main air tapi mengali sekali dan bila mereka jumpa kepah nampak teruja," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pesisir Pantai Tanjung Lumpur di sini pada petang, Khamis.

Pekerja swasta, Khairul Azman Borhan, 27, mengakui datang ke sini selepas mendapat tahu daripada orang ramai mengenai kemunculan spesies laut itu.

Justeru, dia membawa anak saudara untuk bermain air dan mencari kepah di sini.

Yusri (kanan) dan Zubir gigih ke pantai seawal jam 3 petang untuk mencari kepah di Pantai Tanjung Lumpur.
Yusri (kanan) dan Zubir gigih ke pantai seawal jam 3 petang untuk mencari kepah di Pantai Tanjung Lumpur.

"Saya datang dalam jam 3 petang, air laut surut dan boleh mencari. Sepanjang sejam mencari banyak juga hasil yang dapat," katanya.

Sementara itu, peniaga, Zubir Mohd Isa, 47, mengetahui tentang kemunculan kepah itu daripada rakannya.

Bapa kepada empat anak berkata, dia tergerak hati untuk melihat kejadian itu dan mendapati ramai penduduk setempat datang mencari kepah.

Zubir menunjukkan hasil dikutip selepas mengali menggunakan pencakar besi di pesisir Pantai Tanjung Lumpur pada Khamis
Zubir menunjukkan hasil dikutip selepas mengali menggunakan pencakar besi di pesisir Pantai Tanjung Lumpur pada Khamis

"Bila datang itu adalah hasilnya, boleh anak saya masak kepah tiga rasa malam nanti," katanya yang datang seawal jam 3 petang dari Jaya Gading.

Yusri Ariffin, 36, yang bekerja sendiri juga tidak melepaskan peluang untuk mencari kepah di pesisir pantai terbabit.

Menurutnya, mencari kepah ini perlu sabar dan menggunakan pencakar besi untuk memudahkan mencari.

Sebuah keluarga turut menggali di pesisir pantai Tanjung Lumpur untuk mencari kepah.
Sebuah keluarga turut menggali di pesisir pantai Tanjung Lumpur untuk mencari kepah.

"Kalau gali pakai tangan atau boleh juga tapi kena tekan dekat pasir, agak sukar sikit.

"Tapi kalau guna pencakar besi rasa macam ada batu ’ maksudnya ada kepah di sini," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28