Kemudi guna kaedah SPR pilih kepimpinan baharu

Wartawan sambilan Utusan Malaysia, Rohana Ismail menjalankan tanggungjawab mengundi barisan pimpinan baharu Kemudi
Wartawan sambilan Utusan Malaysia, Rohana Ismail menjalankan tanggungjawab mengundi barisan pimpinan baharu Kemudi
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Kelab Media Kelantan Darulnaim (Kemudi) melakukan kelainan menggunakan kaedah pilihan raya bagi pengundian memilih kepimpinan baharu sesi 2024/2026.

Pemilihan berkenaan sekali gus menjadikan ia yang pertama bagi kelab itu sejak ditubuhkan lebih 14 tahun lalu.

Bekas Pengerusi Kemudi sesi 2020/2024, Majidah Ismail berkata, Kemudi mengadakan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri untuk sesi pemilihan itu.

"Idea pemilihan kepimpinan baharu itu hasil perbincangan bersama dengan ahli jawatankuasa sesi 2022/2024.

"Usaha itu juga membolehkan kesemua ahli memilih secara telus dan mengikut syarat yang ditetapkan SPR," katanya ketika ditemui di dewan sebuah hotel di sini pada Jumaat.

Majidah
Majidah

Majidah memberitahu, hasrat beliau itu turut memberi peluang kepada pengamal media di negeri ini yang tidak pernah mempunyai peluang mengundi fizikal kerana terpaksa menjalankan tanggungjawab setiap kali pilihan raya dilaksanakan.

"Alhamdulillah kali ini tercapai juga hasrat kita kerana lebih 90 peratus ahli Kemudi hadir merasai sendiri suasana pilihan raya termasuk penggunaan dakwat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Wartawan sambilan Berita Harian, Syaherah Mustafa mendaftar untuk proses pemilihan kepimpinan baharu Kemudi
Wartawan sambilan Berita Harian, Syaherah Mustafa mendaftar untuk proses pemilihan kepimpinan baharu Kemudi

"Terima kasih kepada Pengarah SPR negeri yang memberi kerjasama sejak awal pertemuan dengan Kemudi sehingga proses pengundian dilaksanakan," katanya.

Bagi melancarkan proses, Majidah berkata, SPR menghantar dua wakil suruhanjaya itu untuk memantau sepanjang sesi pemilihan.

Bagaimanapun Majidah memberitahu, ada juga ahli Kemudi yang mengundi awal kerana mempunyai komitmen lain perlu diuruskan selain tinggal jauh di luar daerah.

Yatimin (dua dari kiri) bersama pengamal media lain menunjukkan kertas undi dan jari yang dicelup dakwat sebelum proses mengundi
Yatimin (dua dari kiri) bersama pengamal media lain menunjukkan kertas undi dan jari yang dicelup dakwat sebelum proses mengundi

Selepas proses pengundian kira-kira tiga jam, kepimpinan baharu Kemudi diterajui oleh Ketua Biro Utusan Malaysia, Yatimin Abdullah manakala timbalannya ialah wartawan TV3 kelantan, Shahnun Hanif Abdullah.

Seramai 77 daripada 87 ahli mengundi bagi pemilihan sesi baharu itu termasuk undi secara pos.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!