Kalau tak bayar cukai, geledah dan ambil tindakan - PM

Anwar Ibrahim.Foto Awani
Anwar Ibrahim.Foto Awani
A
A
A

CYBERJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) perlu terus bersikap tegas dan berani dalam 'memburu' pembayar cukai yang culas tanpa menggira kedudukan dan pangkat termasuk dalam kalangan 'mahakaya' atau syarikat-syarikat gergasi.

Saranan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Hasil ke-28 LHDN pada Jumaat.

Menteri Kewangan itu menambah, agensi berkenaan tidak perlu takut untuk mengambil tindakan termasuk jika perlu menggeledah ke atas mereka yang tidak membayar cukai.

"Supaya jangan ada rasa kerana pengaruh dan kedudukan mereka, terlepas membayar cukai. Ada ke tidak, ada. Ada keperluan lebih tegas, ya.

"Kerana kita tidak boleh bagi gambaran yang atas paling mahakaya itu terselamat daripada tindakan.

"Mesti ada kesungguhan dan keberanian... saudara tidak kira kaitannya dengan kedudukan (pembayar cukai). Saya selalunya sebut, apakah dia Ahmad atau Ah Sin atau (pangkat) tan sri atau tun, saudara tidak kira. Saudara hanya kira dia bayar cukai atau tak, kalau tak bayar geledah dan ambil tindakan, barulah hebat," kata Perdana Menteri dalam ucapannya pada Jumaat.

Berucap pada majlis sama, Perdana Menteri turut mengimbau sejarah ketika menjawat jawatan dalam Kabinet sebelum ini, yang mana menerima laporan terdapat puluhan syarikat gergasi dalam negara yang sukar membayar cukai.

"...ada yang bayar setengah, ada yang bayar suku. Hal ini kerana mereka itu terlalu besar.. gergasi, naga, siapa berani singgung.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi ini saya bicara dengan pimpinan pengurusan jabatan ketika itu, mereka kata kalau ada kesediaan menteri untuk beri laluan, beri kami tempoh beberapa bulan dan mereka laksanakan sebaiknya," kongsi Anwar.

Perdana Menteri menambah, beliau menghormati sikap berani tersebut yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan LHDN ketika ini.

"Mereka pergi secara berani tanpa mengira peringkat bawah, gergasi dan dalam perniagaan. Buat pertama kali, (LHDN) berjaya kutip (cukai daripada kumpulan berkenaan) kerana sikap dan ketegasan kita bersama," kata beliau.

Perdana Menteri sekali lagi mengulangi pendirian agar negara perlu mengutamakan tatakelola yang baik dan beralih daripada keselesaan dengan 'mengizinkan' ketirisan atau membiarkan para pemimpin menggaut kekayaan yang bukan hak mereka.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar semua jentera kerajaan dan penjawat awam bersama-sama menyelamatkan bangsa dan negara dengan menghentikan amalan tersebut. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Hanya 435,000 berbanding 1.5 juta syarikat berdaftar bayar cukai - PM #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #LHDN #AnwarIbrahim #PM #Cukai #Ekonomi

original sound - Sinar Harian