KL City tekad gempur habis-habisan TNB

KL City menjanjikan tentangan sengit apabila berdepan TNB dalam perlawanan suku akhir Piala TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Jumaat. (Gambar kecil: Vikneswaran)
KL City menjanjikan tentangan sengit apabila berdepan TNB dalam perlawanan suku akhir Piala TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Jumaat. (Gambar kecil: Vikneswaran)
A
A
A

PENGENDALI skuad hoki Kuala Lumpur (KL) City, I Vikneswaran menyifatkan kejayaan skuad muda warga kota itu mara ke suku akhir Piala TNB sebagai satu pencapaian membanggakan buat pembangunan pelapis muda.

Malah menurut legenda hoki negara itu, skuad muda KL City yang diperkuatkan dengan 19 kelibat pemain pasukan Sukan Malaysia (Sukma) Wilayah Persekutuan tersebut bertekad mara lebih jauh apabila berdepan juara Liga MHL 2024, TNB pada Jumaat.

"Saya bangga apabila skuad projek jangka masa panjang terdiri daripada pemain masih muda mula memberi impak pada penampilan pertama saingan Liga MHL 2024.

"Pembelajaran dan peningkatan dalam kualiti hoki secara sepasukan serta secara individu dalam memperkasakan hoki di Kuala Lumpur

"Sesuatu yang memberangsangkan sekali gus menjadi motivasi kepada remaja Kuala Lumpur lain selepas ini yang mana ramai dalam kalangan pemain skuad ini pada tahun lalu adalah ‘ball picker’," katanya kepada Sukan Sinar.

Sebagai rekod, KL City mengakhiri cabaran di kedudukan kelapan - dua menang, dua seri, enam tewas - dalam kalangan 11 pasukan Liga MHL 2024.

Mengenai perlawanan menentang TNB kendalian Nor Saiful Zain suku akhir pada Jumaat ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Vikneswaran mengakui kelebihan milik juara baharu liga itu yang diperkuatkan pemain kebangsaan selain pakar pukulan sudut penalti Korea Selatan, Jang Jong-hyun.

"Ini pastinya satu peluang keemasan kepada pemain-pemain KL City untuk sekali lagi menyaingi TNB di suku akhir.

Artikel Berkaitan:

"Ini pastinya memberi setiap pemain peluang untuk menilai diri dan mengetahui apakah diperlukan untuk menjadi terbaik selepas perlawanan.

"Tidak ada landas lebih baik dari ini untuk menguji diri dan pasukan dan bermain menentang TNB merupakan peluang terbaik pasukan secara objektif," katanya.

Rekod liga berdepan TNB sebelum ini memihak kuasa hoki itu yang menang 13-0 dalam perlawanan sebelum ini.

PIALA TNB

Suku Akhir

JUMAAT

Tenaga Nasional Berhad lwn KL City, 6 petang

Maybank lwn TNB Thunderbolts,, 8 malam

* Semua perlawanan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

* Jadual tertakluk perubahan penganjur

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28