Warga emas rugi RM173,500 diperdaya 'phone scam'

Seorang wanita berumur 66 tahun mengalami kerugian RM173,500 selepas terperdaya dengan sindiket ‘phone scam’, di Seremban, pada Rabu. Gambar hiasan
Seorang wanita berumur 66 tahun mengalami kerugian RM173,500 selepas terperdaya dengan sindiket ‘phone scam’, di Seremban, pada Rabu. Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Seorang wanita berumur 66 tahun mengalami kerugian RM173,500 selepas terperdaya dengan sindiket ‘phone scam’, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, wanita berumur 66 tahun itu mendakwa pada mulanya dia menerima panggilan daripada seorang individu menyatakan kononnya dia mempunyai bungkusan meragukan, sebelum talian disambungkan kepada ‘polis’.

"Mangsa ditakutkan dengan rekod kesalahan pengubahan wang haram dan arahan waran tangkap sehingga dia mengikut segala arahan supaya memindahkan wang keseluruhan RM173,500 kepada beberapa akaun yang diberikan.

"Mangsa menyedari ditipu apabila suspek menyekatnya daripada menghubungi mereka selepas transaksi dilakukan, dan dia kemudian membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menyeru masyarakat untuk sentiasa peka dan cakna dengan trend sindiket penipuan yang semakin berleluasa. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: