Setengah jam tangkap 'King Cobra'

Ular King Cobra itu ditangkap dengan menggunakan peralatan khas. Foto ihsan bomba
Ular King Cobra itu ditangkap dengan menggunakan peralatan khas. Foto ihsan bomba
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, di sini mengambil masa selama 30 minit untuk menangkap seekor ular 'King Cobra' sepanjang hampir empat meter pada pagi Khamis.

Ketua BBP Bukit Kayu Hitam, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf berkata, ular tedung selar itu berjaya ditangkap di kebun getah berhampiran Pejabat Felda Bukit Tangga, dekat sini.

Menurutnya, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zaizatulniza Razali bersama sembilan anggota tiba di lokasi selepas mendapat panggilan kecemasan pada jam 9.35 pagi.

Anggota tiba di lokasi selepas mendapat panggilan kecemasan pada jam 9.35 pagi pada Khamis. Foto ihsan bomba
Anggota tiba di lokasi selepas mendapat panggilan kecemasan pada jam 9.35 pagi pada Khamis. Foto ihsan bomba

"Anggota kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular berkenaan yang ketika itu mengembang kepalanya dan berada di celah batu.

"Bagaimanapun dengan kepakaran dan kemahiran yang ada, anggota kami berjaya menangkap ular itu dengan menggunakan peralatan khas," katanya pada Khamis.

Beliau berkata, operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 12.34 tengah hari pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28