Mini Karnival Kalumpang tawar pelbagai aktiviti menarik

Siti Farihan. Orang ramai dijemput hadir ke Mini Karnival Kalumpang bagi menyertai pelbagai aktiviti menarik yang diadakan di Pekarangan Bangunan Persatuan Anak-anak Kalumpang (PAK), Hulu Langat pada Sabtu ini bermula jam 9.30 pagi hingga 3 petang.
Siti Farihan. Orang ramai dijemput hadir ke Mini Karnival Kalumpang bagi menyertai pelbagai aktiviti menarik yang diadakan di Pekarangan Bangunan Persatuan Anak-anak Kalumpang (PAK), Hulu Langat pada Sabtu ini bermula jam 9.30 pagi hingga 3 petang.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai dijemput hadir ke Mini Karnival Kalumpang bagi menyertai pelbagai aktiviti menarik yang diadakan di Pekarangan Bangunan Persatuan Anak-anak Kalumpang (PAK), Hulu Langat pada Sabtu ini bermula jam 9.30 pagi hingga 3 petang.

Eksekutif Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Siti Farihan Ismail berkata, antara aktiviti menarik yang disediakan ialah jualan baju raya terpakai, demonstrasi kuih kelamai, pembuatan sabun, pertandingan mewarna dan gubahan tuala serta jualan barangan keperluan dengan harga Rahmah.

"Selain itu, perkhidmatan berkuda kepada kanak-kanak (RM3) manakala, dewasa (RM5) dan program serahan bakul rezeki kepada 130 keluarga asnaf di Kalumpang turut diadakan.

"Karangkraf Mall akan membuka gerai jualan buku agama dan al-Quran dengan tawaran diskaun antara 10 hingga 15 peratus kepada pengunjung yang hadir sepanjang karnival berlangsung," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mini Karnival Kalumpang itu akan dilancarkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan sasaran seramai 2,000 pengunjung.

Menurut Siti Farihan, pemberian bakul rezeki merupakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah Program Sinar Karangkraf Bersama Komuniti bersama rakan sinergi iaitu pemborong dan peruncitan halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin).

Tambahnya, orang ramai yang berada di sekitar Lembah Klang atau luar Selangor dialu-alukan untuk hadir dan merasai sendiri keunikan serta kemeriahan di Mini Karnival Kalumpang itu.

"Ibu bapa boleh datang bersama anak-anak meluangkan masa pada hujung minggu dengan melakukan aktiviti bermanfaat dan jangan lepaskan peluang mempelajari cara memasak kuih kelamai daripada penduduk di situ dari awal hingga ke proses akhir.

Artikel Berkaitan:

"Pengunjung boleh mengetahui bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya dan menikmati kuih tradisi yang diwarisi sejak turun temurun itu apabila siap," ujar Siti Farihan.