Reruai KPKM sedia aktiviti menarik, bermanfaat

Terdapat pelbagai aktiviti bermanfaat di reruai KPKM termasuk program Jualan Agro Madani.
Terdapat pelbagai aktiviti bermanfaat di reruai KPKM termasuk program Jualan Agro Madani.
A
A
A

SHAH ALAM - Showcase pertanian moden di reruai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dijangka mencuri tumpuan orang ramai sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula pada 8 sehingga 10 Disember ini.

KPKM dalam satu kenyataan memaklumkan, dengan mempamerkan teknologi terkini bidang pertanian, KPKM menyediakan pengisian menarik kepada pengunjung antaranya simulasi penggunaan dron pertanian dan mesin jentuai padi serta aktiviti pertanian secara realiti maya.

Berkonsepkan teknologi dan digital, selain showcase pertanian moden, KPKM menampilkan beberapa pengisian menarik di reruainya iaitu di khemah 23 dan 33 antaranya pameran digital, demonstrasi, perkhidmatan dan pocket talk yang dijangka memberikan manfaat kepada para pengunjung.

(i) Pameran digital:

• Pencapaian setahun Kerajaan Madani

• Digital akuarium hidupan laut terancam

(ii) Showcase pertanian moden:

• Simulasi penggunaan dron pertanian

Artikel Berkaitan:

• Simulasi penggunaan mesin jentuai padi

• Aktiviti pertanian secara realiti maya

(iii) Demonstrasi:

• Kacukan anak pokok seperti durian, mangga dan jambu;

• Penghasilan kelapa telor (kelapa yellow dwarf);

• Penjagaan dan dandanan kucing baka bulu panjang dan baka bulu pendek;

• Ukiran buah-buahan mengikut imej yang terpilih;

• Penyediaan sushi dari ikan tuna;

• Eksport nangka ke pasaran global

(iv) Perkhidmatan:

• Dana pembiayaan Agrobank termasuk Program Geran Padanan Change Upgrade Product (CUP) dan Program Geran Padanan High Impact Product (HIP)

• Geran usahawan KPKM termasuk Geran Agropreneur Muda

(v) Lain-lain:

• Reruai foto yang interaktif

• Sampel makanan produk-produk usahawan tani dan uji rasa

Satu sesi pocket talk akan diadakan di pentas kedua bermula jam 12.10 hingga 1.10 tengah hari pada 10 Disember 2023 (Ahad).

Pengisiannya seperti berikut:

i. Perkongsian kejayaan agropreneur muda, Puan Norhazlina Sajali (Usahawan Sambal, Pes dan Sos); dan

ii. Perkongsian mengenai geran/pembiayaan ditawarkan Agrobank terutamanya berkaitan teknologi pertanian moden.