Jualan Mini Karnival Kalumpang habis tempoh tiga jam


Antara gerai jualan yang terdapat di Mini Karnival Kalumpang 2024.
Antara gerai jualan yang terdapat di Mini Karnival Kalumpang 2024.
A
A
A

HULU SELANGOR - Sambutan Mini Karnival Kalumpang 2024 berjaya menarik minat orang ramai untuk berkunjung membeli hasil produk masyarakat tempatan.

Kebanyakan peniaga berjaya menghabiskan jualan mereka dalam tempoh singkat iaitu tiga jam selepas program berlangsung.

Penganjuran Mini Karnival Kalumpang 2024 buat julung kalinya dapat membantu rakyat dalam menyokong ekonomi masyarakat luar bandar.


Sesi beramah mesra di reruai Jabatan Pertanian bersama pengunjung di Mini Karnival Kalumpang 2024.
Sesi beramah mesra di reruai Jabatan Pertanian bersama pengunjung di Mini Karnival Kalumpang 2024.

Yang Dipertua Persatuan Anak-anak Kalumpang (PAK) Hulu Selangor, Hasnur Hashim berkata, menerusi karnival tersebut penduduk berpeluang menjual barangan dan makanan yang dihasilkan kepada pengunjung.

Menurutnya, jalinan kerjasama antara PAK dan Sinar Karangkraf berpotensi memperkenalkan kawasan pelancongan dan makanan tradisional kepada masyarakat luar.

Orang ramai mengunjungi gerai kelamai.
Orang ramai mengunjungi gerai kelamai.

“Saya lihat sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan pengunjung cukup seronok melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan.

Artikel Berkaitan:

“Jalinan kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang pelancongan dan mereka akan mengenali tempat menarik di Kalumpang.

(Dari kiri) Hasnur bersama Nik Justin menyempurnakan perasmian Mini Karnival Kalumpang 2024.
(Dari kiri) Hasnur bersama Nik Justin menyempurnakan perasmian Mini Karnival Kalumpang 2024.

“Hampir semua barang jualan penduduk setempat habis dijual dan masyarakat luar dapat merasai sendiri keunikan makanan tradisi kami iaitu kelamai,” katanya dalam Majlis Perasmian Mini Karnival Kalumpang 2024 di Pekarangan Bangunan PAK pada Sabtu.

Dalam pada itu, menurut Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, kerjasama itu juga merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sinar Karangraf bersama komuniti bagi membantu meringankan beban masyarakat.

Nik Justin (kiri) beramah mesra bersama penduduk kampung.
Nik Justin (kiri) beramah mesra bersama penduduk kampung.

Jelasnya, sebanyak 130 pek makanan sumbangan daripada pemborong dan peruncitan halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) telah berjaya disalurkan kepada golongan asnaf.

Selain itu, menerusi majlis tersebut, pihak Sinar Karangkraf turut mewakafkan sebanyak 33 al-Quran kepada surau di kawasan tersebut.

Salah seorang penerima sumbangan pek makanan Sinar Karangkraf.
Salah seorang penerima sumbangan pek makanan Sinar Karangkraf.

“Saya berharap semua semua pihak termasuk agensi kerajaan dan kementerian melihat inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh rakyat ini terbukti dapat menyatukan komuniti setempat.

“Sambutan amat baik dan kami turut menyerahkan sebanyak 130 pek rezeki kepada golongan asnaf sebagai salah satu program CSR pertama Sinar Karangkraf pada tahun 2024.

Antara hasil kraf tangan penduduk tempatan.
Antara hasil kraf tangan penduduk tempatan.

“Saya sangat teruja melihat penduduk di sini begitu seronok datang dan membeli produk yang dihasilkan oleh masyarakat setempat walaupun tanpa bantuan kewangan daripada mana-mana pihak,” ulasnya.

Sementara itu, bagi pengunjung dan juga penjawat awam, Muhamad Sharif Hafiz,36, berkata, karnival itu perlu diadakan dengan lebih kerap terutama jualan makanan dan keperluan asas daripada mana-mana agensi.

Muhamad Sharif Hafiz
Muhamad Sharif Hafiz

“Pada hari ini kita lihat ramai orang kampung dan juga masyarakat luar hadir bukan sahaja untuk sokong komuniti tetapi juga berbelanja bagi mendapatkan bekalan makanan asas menerusi jualan Rahmah,” ujarnya.

Hamzah Adil
Hamzah Adil

Menurut pesara kerajaan, Hamzah Adil, 78, meskipun penganjuran karnival itu dibuat buat julung kalinya, namun usaha tersebut berhasil menghimpunkan masyarakat tempatan.

“Sebagai masyarakat veteran di kampung ini, sambutan karnival tetap meriah walaupun baru pertama kali diadakan dan program anjuran PAK wajar dipuji kerana menggunakan dana persatuan bagi menampung perbelanjaan majlis ini,” jelasnya.

Nur Iffah Hamizah
Nur Iffah Hamizah

Bagi pelajar yang berasal dari Rawang Selangor, Nur Iffah Hamizah, 21, berkata, jualan makanan dan aktiviti yang disediakan sangat menarik dan orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah.

“Kemeriahan dan silaturahim masyarakat kampung cukup baik dan semua aktiviti yang disediakan oleh Jabatan Pertanian juga menyeronokkan,” katanya.

Sumbangan pek makanan daripada Sinar Karangkraf.
Sumbangan pek makanan daripada Sinar Karangkraf.