Kenyataan Abdul Hadi: Wakil rakyat Pas Selangor digesa nyatakan pendirian

Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Syahredzan)
Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Syahredzan)
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menggesa wakil rakyat Pas di Selangor menyatakan pendirian mereka sama ada bersetuju atau tidak dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lalu.

Beliau berkata, jika tidak bersetuju, mereka wajar mendesak secara terbuka supaya presiden parti pembangkang itu menarik balik kenyataan tersebut.

"Hari ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menegur kenyataan Abdul Hadi dalam artikel beliau.

"Oleh itu, saya menggesa semua wakil rakyat Pas lebih-lebih lagi Ahli Dewan Negeri Selangor untuk menyatakan pendirian masing-masing," jelasnya menerusi kenyataan di laman Facebook pada Khamis.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai ditujukan kepada alim ulama, para peguam, hakim, ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Selangor Royal Office dalam kenyataannya memaklumkan, Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 15 Februari lalu.

Menurut kenyataan itu, Abdul Hadi secara sinis mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata dianggap tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut budaya Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: