Pas bukan parti hotel atau tumpangan - Abdul Hadi

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas bukan parti hotel atau tumpangan setelah kini parti itu hanya diperjuangkan oleh mereka yang Istiqamah sahaja.

Menurutnya, perjuangan dalam Pas mempunyai banyak cabaran membuatkan tidak ramai yang mahu menumpang.

"Tahniah kepada yang terpilih dalam muktamar... syabas kepada yang tak dipilih walaupun tak ramai, tapi sangat bermakna kerana mereka akan terus berada dalam Muktamar, tak tinggal dalam Muktamar.

"Tentu lepas ini tak tubuh parti lain macam dulu. Menandakan istiqamah kita.

"Menunjukkan pas bukan parti hotel, parti tumpangan untuk menumpang. Oleh kerana cabarannya banyak, mereka yang nak menumpang agak berkurangan," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan Pas ke-69 di sini pada Ahad.

Pemilihan Pas 2015 menyaksikan berlaku perpecahan dalam parti itu apabila Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, mengetuai kumpulan yang bertindak drastik memisahkan diri daripada Pas.

Kumpulan tersebut bertindak menjenamakan semula Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang ditubuhkan pada 1978 kepada Parti Amanah Negara (Amanah) pada 16 September.

Tindakan itu selepas Mat Sabu tidak dapat mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang dipegangnya semenjak 2011 kepada Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Artikel Berkaitan: