Tukang gunting bunuh ibu dengan tukul besi direman seminggu

Mohd Iqbal. Laporan Sinar Harian.
Mohd Iqbal. Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang dipercayai tergamak memukul ibunya dengan tukul besi dan kasut keselamatan sehingga maut di kediaman mereka dekat Kampung Jawa di sini, direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, reman terhadap suspek bermula Khamis hingga 6 Mac.

"Siasatan lanjut masih dijalankan membabitkan suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintenden Salwani Samsudin di talian 013-2444234," katanya pada Khamis.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan perbuatan kejam suspek berusia 33 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting sebelum berjaya diberkas polis pada jam 11.30 pagi di Taman Sentosa, Klang, pada Rabu.

Polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 9.45 pagi babit mangsa wanita warga tempatan berumur 56 tahun yang tinggal bersama suami dan suspek.

Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek sebelum suspek bertindak memukul mangsa menggunakan kasut keselamatan dan tukul besi.

Suspek yang memiliki dua rekod dadah dan satu rekod jenayah kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!