Gagal seludup ganja guna perkhidmatan kurier

Bungkusan yang dipercayai mengandungi ganja yang dirampas di pusat kurier di Rantau Panjang Selasa minggu lalu.
Bungkusan yang dipercayai mengandungi ganja yang dirampas di pusat kurier di Rantau Panjang Selasa minggu lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Kelantan merampas kira-kira tiga kilogram (kg) dadah dipercayai ganja bernilai lebih RM7,000 di sebuah pusat kurier barangan berdaftar di Rantau Panjang pada Selasa minggu lalu.

Pengarah Kastam,Pengarah, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, ketika serbuan kira-kira jam 12.50 tengah hari pasukan penguat kuasa menemui satu bungkusan berdaftar dan di dalamnya terdapat satu kotak kertas.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut yang disaksikan oleh pekerja di pusat kurier itu mendapati terdapat ketulan mampat daun kering disyaki ganja.

"Dadah itu dipercayai untuk edaran pasaran tempatan melibatkan lebih 15,000 penagih seluruh negara.

"Siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemilik dadah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, modus operandi pengedar ialah menggunakan perkhidmatan penghantaran kurier tanpa meletakkan nama dan alamat penuh pengirim.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai boleh melaporkan aktiviti penyeludupan boleh hubungi Kastam di talian bebas tol 1-800-88-8855 atau pejabat Kastam terdekat.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28