Ten Hag tuduh Nottingham main kasar

Bruno Fernandes (kiri) menjadi mangsa kekasaran pemain Nottingham Forest. Foto AFP
Bruno Fernandes (kiri) menjadi mangsa kekasaran pemain Nottingham Forest. Foto AFP
A
A
A

ERIK ten Hag menuduh Nottingham Forest sengaja menyasarkan Bruno Fernandes ketika aksi pusingan kelima Piala FA yang memihak kepada Manchester United pada Khamis.

Fernandes beraksi dalam kemenangan 1-0 United di City Ground itu walaupun mengalami kecederaan serius ketika tewas menentang Fulham hujung minggu lalu.

Bintang Portugal itu mendapat sepakan percuma yang disempurnakan Casemiro pada minit ke-89 untuk mengesahkan pertembungan suku akhir dengan musuh ketat Liverpool.

Fernandes menerima cabaran hebat daripada Forest sepanjang 90 minit, hanya beberapa hari selepas kapten United itu menjadi bahan jenaka media sosial berikutan kecederaannya ketika menentang Fulham.

“Saya tidak mahu bercakap mengenainya kerana anda melihat Forest menyasarkannya, jadi saya tidak memberitahu apa yang dia alami tetapi ia adalah kecederaan yang serius.

“Terdapat banyak kekasaran terhadapnya. Mungkin saya terlalu keras tetapi apabila dia menguasai bola, mereka mengawalnya dengan sangat kasar," katanya.

United yang akan menentang Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris Ahad ini, mengekalkan peluang terakhir mereka untuk memenangi trofi musim ini walaupun berdepan persembahan buruk.

Tetapi Ten Hag tahu berdepan Liverpool dalam pusingan suku akhir bermakna United masih jauh untuk menjulang trofi kedua dalam tempoh dua tahun dia berada di Old Trafford.

Artikel Berkaitan:

“Terdapat banyak pasukan yang bagus dalam Liga Perdana, Liverpool pada masa ini berada di puncak tetapi ia adalah satu cabaran yang hebat dan kami sangat menantikannya," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28