Lelaki maut kereta dipandu langgar pembahagi jalan

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
A
A
A
GEORGE TOWN - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Juru di Kilometer 141 Lebuhraya Utara Selatan di sini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pegawai Bomba Kanan II Fauzi Zainol berkata, mangsa yang dikenali sebagai R Aravin, 26, maut di lokasi kejadian kerana parah.

Menurutnya, mangsa didapati tersepit di bahagian pemandu selepas kenderaan dipandunya remuk teruk akibat pelanggaran tersebut.

Kejadian berlaku pada jam 3.43 pagi berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Juru di Kilometer 141 Lebuhraya Utara Selatan.
Kejadian berlaku pada jam 3.43 pagi berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Juru di Kilometer 141 Lebuhraya Utara Selatan.

"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 pagi tadi berhubung kemalangan berkenaan. Ketika tiba di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Toyota Vios remuk teruk dipercayai terbabas sendiri lalu melanggar pembahagi jalan.

"Terdapat seorang mangsa iaitu lelaki tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam keadaan parah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, bomba membuat 'size up' dan menggunakan 'rescue tools' untuk melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Kereta dipandu mangsa remuk teruk selepas dipercayai terbabas sendiri lalu melanggar pembahagi jalan.
Kereta dipandu mangsa remuk teruk selepas dipercayai terbabas sendiri lalu melanggar pembahagi jalan.

"Mangsa berjaya dibawa keluar namun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital yang berada di lokasi.

Artikel Berkaitan:

"Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya selain menyiasat punca kejadian. Operasi tamat pada jam 4.54 pagi," katanya.